M U S L I M A H ;
ABOUT ENTRY INFO TWITER FACEBOOK ASK.FM
Jenis-jenis Syaitan
Saturday 20 July 2013 • 08:16 • 0 comments

Assalamualaikum wrt semua! Minggu ini aku cuma dapat masa 2 hari untuk bersahur dan berbuka dengan keluarga. Alhamdulillah walaupun hanya beberapa hari dapat juga merasa berpuasa dengan keluarga kankan? Jam menunjukkan pukul 11 malam dan aku still tak tido lagi akibat terlalu excited baca tentang islam. Aku ada something nak dikongsikan. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Kesimpulannya, wahai kawan sekalian setelah korang semua tahu perkara ini. Berdoalah kepada Allah swt supaya dielakkan daripada gangguan syaitan yang durjana dan jagalah adab, teguhkan iman serta sebarkanlah salam :)


PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2 pair screw driver as my hand . bhaha..



GIVE ME YOUR WORDS;