M U S L I M A H ;
ABOUT ENTRY INFO TWITER FACEBOOK ASK.FM
Tabahkan hatimu, wahai hamba Allah swt
Friday 5 July 2013 • 11:16 • 0 comments

"Ke arah mana halanya bagi insan yang terleka? Mengejar nikmat dunia bagaikan hidup selamanya. Tak peduli dosa-noda siksa azab neraka. Hidup jauh dari rahmatNya. Terpedaya pada dunia. Pentas ciptaan manusia. Terlupa pada segala mengikut nafsu semata. Membiar syaitan beraja di hati dan juga jiwa. Mengejar dunia penuh debu dosa." - Debu dosa by Hijjaz

Kembalilah pada Tuhan mu. Hanya itu kunci kepada kebahagiaan yang sebenar. Kita tidak perlukan seseorang yang mencintai kita dengan sepenuh hati untuk membahagiakan kita. Hanya Allah swt yang mampu membahagiakan kita setiap masa, setiap saat dan setiap detik.

Tak pernah terdetik dalam hati aku untuk mengatakan bahawa aku lebih baik dari kamu kerana pakaianku. Tak pernah juga aku berasa mulia kerana pujian yang diberikan kepadaku. Bukan niatku untuk takabbur namun niatku hanya untuk mengajak kamu bersamaku mencari redhaNya. Aku tak minta untuk dipuji dan dilihat. Aku hanya ingin menuju ke jalanNya. Hinalah sebanyak mana mahu mu. Apa yang pasti, aku tetap aku. Aku ingin menjadi diriku yang sebenar. Aku yang sebelum berada di sini.

"Kenapa dia pakai macam ustazah?" Wahai teman, pakaian ustazah itulah pakaian yang benar-benar menutup aurat. Jangan kau soalkan tentangnya kerana itu apa yang telah ditetapkan demi menjaga kemuliaanmu. Gelak tawa sering mengusik pendengaranku tatkala aku melalui di hadapan mereka. Suara berbisik dan mata yang menjeling penuh rasa meluat. Adakah aku bersalah kepada mereka sedangkan aku tidak mengata atau berbuat perkara yang menyakiti mereka? Manusia itu penuh tanda tanya. Hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya. Wahai hati, buangkan prasangka burukmu.

Sungguh, aku mencemburui mereka yang bergelak tawa bersama kawan kerana menceritakan perkara yang melucukan tentang seseorang. Adakalanya serius memikirkan masalah tentang hubungan pasangan masing-masing. Ingin aku ikuti namun dosa bakal menyelubungi. Biarkan aku sendiri tanpa teman, biarkan aku berseorangan berjalan tanpa gelak ketawa. Asalkan dosaku tidak betambah. Biarkan mata memandang serong menganggap aku berlagak seperti ustazah. Biarkan mereka tetap mengatakan tentangku. Asalkan aku masih di jalanNya dan tidak tersasar dari landasan.

Kadang kala air mata mengalir ketika berdoa pada Yang Esa dan meluahkan rasa hati. Mengenangkan kejahilan dan kebodohan aku yang selama ini buta dek pentas dunia yang penuh tipu daya indah. Melepaskan peluang yang ada kepadaNya selama ini dan memilih untuk terus tersesat. Alhamdulillah, Allah masih menyayangi aku dan mengurniakan seseorang bagi membimbingku kembali ke jalanNya. Sering kali diri ini tersedar namun kembali tersesat.

"Jika seseorang dapat memahami dan menghayati takdir Allah swt untuknya, maka dia akan merasa sabar dan lapang dada dalam menjalani kesulitan hidup, juga tidak bersedih dan kecewa ketika ditimpa musibah. Lebih dari itu dia akan merasakan besarnya kasih sayang Allah swt kepadanya dan juga bergembira dengan pahala besar yang akan diterimanya kelak."

Ya, Allah. Ya, Rabbi. Ampunkan dosaku yang telah lalu. Aku seorang hambamu yang lemah, jahil dan penuh dengan dosa. Andai aku kembali tersesat, sedarkanlah aku dan bimbinglah aku kembali ke jalanMu. Sesungguhnya aku takut akan azabMu di akhirat. Butakanlah aku daripada melihat jelingan mereka kepadaku. Pekaklah telingaku daripa mendengar kata-kata mereka yang menyakiti hatiku serta menambahkan dosaku. Tabahkanlah hatiku untuk terus berhijrah ke jalanMu tanpa mempedulikan herdikan mereka. Amin Ya Rabbal A'la Minn.




PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2 pair screw driver as my hand . bhaha..



GIVE ME YOUR WORDS;