M U S L I M A H ;
ABOUT ENTRY INFO TWITER FACEBOOK ASK.FM
#1 Perjalanan Hijrahku
Friday 16 August 2013 • 00:35 • 0 comments


#AkuKiniBerbeza

"Angah, tolong ma. Ambilkan baju adik" "Baik, ma"

Dulu, aku takpernah melawan kata-kata ma. Bila dengar azan pula, aku akan terus solat meskipun aku masih kecil. Aku ingat lagi, setiap kali sikap aku macam itu, ma tersenyum gembira. Ma jarang membebel dan marah aku sebab aku seorang budak yang baik masa itu. Semua itu ketika aku berusia 5 tahun. Memang ketika usia itu apa yang diajar akan diamalkan, apa yang disuruh akan dituruti. Setelah masuk ke alam sekolah rendah, aku mula berkawan dengan ramai kenalan di sekolah. Tak kiralah yang nakal ataupun tidak. Aku kawan rapat dengan si I. Dia baik sangat dengan aku. Dia yang ajar aku sampai aku jadi pandai macam dia. Tapi, bila umur aku 10 tahun, aku dapat kelas sama dengan si I tapi dia ada ramai kawan jadi aku malas nak bercampur.

Masa itu, ada seorang pelajar baru, si A. Dia ini lah yang selalu bersama aku sepanjang 3 tahun aku di sekolah rendah. Sejak kawan dengan dia, aku jadi malas nak belajar, suka ponteng. Senang cerita jadi gangster lah. Si A ini memang tomboy sikit tapi aku tak kesah asalkan dia ambil berat pasal aku dan selalu bersama aku. Aku anggap dia sebagai kawan sejati aku. Dah banyak kali ma dan abah larang aku kawan dengan si A tapi aku degil. Akhirnya, aku makin lama menjadi semakin tak beradab. Aku tak pedulikan kata orang, aku tak pedulikan dosa pahala. Aku cuma ikut keseronokan dan kehendak hati aku. Ma dan abah dah tak seperti dulu. Mereka lebih banyak membebel, memarahi dan merotanku. Hatiku jadi semakin keras, semakin benci dengan kehidupan. Bagi aku, apa yang aku buat itu betul.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku dapat Mumtaz dalam peperiksaan PSRA dan aku terpilih untuk masuk ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah. Semasa 13 tahun, aku dididik di sekolah itu dan aku lebih memahami erti Islam yang sebenar. Dua kali aku cuba untuk merubah diri aku tapi syaitan bijak menggoda aku. Aku rimas dengan pakaian yang aku pakai di sana, aku malas untuk berjemaah. Sehingga akhirnya aku membuat keputusan yang begitu bodoh. Aku memberontak. Aku buat bermacam-macam masalah di sekolah itu. Ma dan abah banyak kali datang ke sekolah itu untuk berjumpa pengetua. Ma dan abah selalu kata yang mereka malu dengan sikap aku tapi aku tak peduli. Peraturan di SAMTTAJ memang sangat ketat. Suatu hari, aku bawa telefon ke asrama dan exco tahu. Dah dua atau tiga kali aku lakukan perkara yg sama. Akhirnya, ma jumpa lagi pengetua. Lepas ma keluar dari bilik itu, aku nampak ma menangis. Hati aku sebak. Ma kata ma dan abah aku akn cuba carikan aku sekolah yg lain, aku akan pindah sekolah. Aku tak tahu apa perasaan aku ketika itu. Sedih, gembira?

Ketika usia 14 tahun, di pertengahan bulan aku telah dipindahkan ke sebuah sekolah sukan iaitu SMK Seksyen 11. Cuma terletak di belakang SAMTTAJ sahaja. Sebelum aku pergi, kawan-kawan aku semua menangis. Penghuni asrama aspuri menghantar aku hingga ke pagar. Ada seorang senior, dia merupakan seorang exco dan dia lah yang selalu beri aku nasihat dan membimbing aku. Dia bagi aku dua helai kertas yang penuh dengan nasihat dan kata-kata hikmat yang ditujukan kepadaku. Ketika baca kertas itu, airmata aku mengalir. Di SAMTTAJ, mereka saling menyayangi antara satu sama lain meskipun tak begitu akrab. Kini, aku di SMK Seksyen 11. Suasana sungguh berbeza. Di sini mereka memerangi antara satu sama lain. Aku tidak pernah lihat situasi begini sepanjang hidup aku. Aku rindukan SAMTTAJ, tempat di mana ada kedamaian, aurat dan ibadatku terpelihara. Namun, aku sememangnya mudah terpengaruh dengan persekitaran. Imanku terlalu lemah. Aku lupa akan cara aku di SAMTTAJ. Aku menjadi terlalu bebas. Inilah apa yang aku inginkan tapi aku telah melampaui batas. Tudung entah ke mana, pergaulan tiada lagi batasnya. Aku tak malu bila mereka tanya aku dari sekolah mana dan aku jawab SAMTTAJ. Aku mula kembali menjadi diriku yang ketika umurku 10 hingga 12 tahun. Aku begitu angkuh dan sombong.

Aku 15 tahun dan akhirnya kawan aku, si F mengajak aku untuk memakai tudung. Haa, barulah aku mula memakai tudung sehingga sekarang. Si F dah pindah sekolah ketika umur 16 tahun tapi dia jadi seperti aku yang dulu, dia kembali ke sikapnya yang dulu. Aku sangat sedih. Ya Allah, kau tunjukkanlah kembali jalanMu kepada dia. Namun, dalam menutup aurat itu aku masih jahil. Pergaulanku masih seperti dulu. Suatu hari, aku berfikir tentang diriku yang sekarang dan dulu. Aku simpati dengan diriku sendiri. Akhirnya aku tertidur dan bermimpi. Mimpi yang sungguh dahsyat. Tapi aku tidak hiraukan mimpi itu. Di sekolah aku, ada seorang pelajar baru ketika aku umur 16 tahun. Lagaknya seperti ustazah namanya.. si K dan aku termenung seketika, teringat akan SAMTTAJ. Si K pada mulanya cuma berkawan dgn pelajar luar sekolah aku sebab dia pelajar luar juga. Lama kalamaan kami jadi rapat sebab pada mulanya si Al yang rapat dengan si K. Bnyak nasihat dan cerita-cerita tentang Islam yang dia ceritakan kepada aku. Aku mula tersedar dari kejahilanku.

Aku cuba untuk mengubah diriku. Ma dan abah semakin membisu tatapi mereka sering terssnyum melihat perubahanku. Kali ini dengan bantuan dan sokongan, keluarga dan kawan sejatiku dunia akhirat iaitu si Al dan si K, In Shaa Allah aku tak akan kembali seperti dulu. Ada yang menyokong tapi di belakang mengutuk tapi aku hanya memekakkan telinga. Aku yakin yang Allah itu sentiasa bersamaku dan dalam fikiranku cuma fikirkan tentang keindahan syurga. Syurga itulah yang akan ku kejar. Aku pelajari tentang Rasulullah saw dan rasa rindu menyentuh hatiku. Aku terlalu rindukan Rasulullah saw dan aku teringin untuk berjumpa dengan Rasulullah saw di syurga.



PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2 pair screw driver as my hand . bhaha..



GIVE ME YOUR WORDS;